facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close
loading...

10 Tempat Tarikan Pelancong Paling Bahaya Di Dunia !! Ramai Pelancong Pergi Tempat-Tempat Ini Walaupun Ia Bahaya.. SERAM WEIII !! NO 3 Tu Memang Kawasan Terlarang Amerika Syarikat !

elephant kingom


10 Tempat Tarikan Pelancong Paling Bahaya Di Dunia


elephant kingom
Siapa tak suka pergi melancong? Tipu lah kan kalau tak suka. Semua orang suka. Melancong sedikit sebanyak boleh mengurangkan tekanan dalam diri kita, kerana ia dapat menenangkan fikiran kita.Terdapat beberapa jenis tempat pelancongan, mengikut citarasa masing-masing.
Ada yang sukakan pantai, boleh pergi ke Pulau Langkawi atau Boracay. Bagi yang sukakan gunung-ganang, mereka boleh pergi ke Gunung Kinabalu, atau nak lagi ekstrem boleh ke Gunung Everest. Bagi yang suka melancong sambil membeli belah pula boleh ke Paris atau London, mahupun Amerika Syarikat.
pulau yang indah
Namun, bagi mereka yang sukakan cabaran dan, mungkin pelik, tapi ada di kalangan kita, yang sukakan bahaya, ke mana mereka hendak pergi? Iluminasi.com ingin berkongsi 11 tempat tarikan pelancong yang paling berbahaya di dunia sesuai bagi mereka yang sukakan tempat perlancongan yang mempunyai unsur-unsur cabaran dan bahaya.

1. Death Valley, Amerika Syarikat  

death valley 605
Jika bumi ini diibaratkan seperti rumah anda, maka Death Valley ini ibaratkan ketuhar yang sangat panas di dapur anda. Lembah yang sangat menakjubkan ini memegang rekod tempat yang mempunyai suhu tertinggi yang pernah direkodkan dalam dunia, iaitu 56.7 darjah celcius.
Tak kiralah betapa kental dan cekalnya anda, cahaya matahari dan haba yang panas di Death Valley, akan membuatkan anda berasa dahaga dengan sangat cepat. Tanpa air, anda hanya boleh hidup di sini selama 14 jam sahaja.

2. Gurun Danakil, Eritrea

gurun danakil
Suhu yang membakar di Gurun Danakil, sama seperti Death Valley, mencecah 50 darjah celsius, banyak gunung berapi yang aktif, geiser (air pancut) yang mengeluarkan gas-gas toksik, membuatkan tempat ini sangat berbahaya. Tak dapat nak dibayangkan apa lagi yang lebih brutal daripada gurun di Afrika ini.
Kebanyakan orang mungkin akan mengkategorikan tempat ini sebagai “neraka dunia”, namun ia masih mempunyai ciri-ciri tarikan, bagi mereka yang sukakan pengembaraan yang penuh cabaran, dari serata dunia. Tapi ingat anda tidak dibernarkan untuk melawat Gurun Danakil bersendirian, tanpa pembantu berpengalaman.

3. Gunung Washington, Amerika Syarikat

gunung washington
Kemuncak Gunung Washington ini memegang rekod angin yang paling laju pernah direkodkan di atas muka bumi. Rekod terlaju yang pernah dicatat di sini adalah 327 kilometer per jam. Namun, angin yang bertiup kencang bukan lah satu-satunya ancaman di sini, suhunya juga boleh jatuh serendah -40 darjah celsius.
Juga, runtuhan salji yang kerap dan berterusan membuatkan gunung ini tempat yang sangat berbahaya. Walaupun dengan ketinggian sederhana 1,917 meter, Gunung Washington dikira sebagai antara puncak yang paling bahaya. Tahap tekanan dan bahaya kepada tubuh badan manusia yang dialami di sini, boleh dibandingkan dengan apa yang mereka alami di kemuncak Gunung Everest.

4. Gunung Berapi Sinabung, Indonesia

gunung berapi indonesia 109
gunung berapi sinabung 2
Ia merupakan gunung berapi yang aktif, terletak di pulau Indonesia di Sumatera. Letusan kerap kali berlaku disitu, yang membuatkan beribu-ribu penduduk di kawasan berdekatan hilang tempat tinggal mereka. Bandar-bandar dan kampung berdekatan telah diselaputi sepenuhnya oleh lava dan asap tebal beberapa kali pada tahun 2010, 2013, 2014 dan 2015.
Letusan terbaru berlaku pada 27 Februari 2016. Letusan tersebut mengeluarkan gas volkanik yang sangat tebal, batu-batu dan asap setinggi 2,500 meter. Dan tiada siapa akan tahu apa yang berlaku keesokan hari.

5. Iha Da Queimada Grande (Pulau Ular), Brazil

ilha da queimada grande
Tersembunyi di sebalik kawasan pantai di Brazil, pulau ini dikenali secara meluas sebagai tempat paling berbahaya di dunia. Sebab disebalik ini adalah sangat mudah, tempat ini dipenuhi oleh salah satu ular yang paling berbisa di dunia, iaitu ular Bothrops. Saintis menganggarkan terdapat 5 ekor ular di setiap 1 meter persegi pulau ini.
Terdapat beberapa cerita mengenai mereka yang berjaya ditumpaskan oleh ular berbisa tersebut dengan sekelip mata. Salah satu ceritanya adalah penjaga rumah api dipatuk ular dan mati serta-merta. Sejak kejadian itu, rumah api di pulau ular ini telah dikawal secara automatik, dan kerajaan Brazil telah mengharamkan pelawat atau pelancong untuk menjejakkan kaki mereka di situ.

6. Taman Negara Madidi, Bolivia

taman negara madidi
Sekali pandang, tempat ini kelihatan tersangat indah, namun realitinya, ia sangatlah berbahaya. Kenapa? Kerana ia adalah tempat dan rumah bagi tumbuhan yang paling beracun dan agresif di dunia. Jika berlaku sentuhan antara manusia dengan tumbuhan yang tumbuh di sini boleh menyebabkan kegatalan, ruam dan pening-pening. Jika tangan terhiris atau terluka disebabkan tumbuhan-tumbuhan di sini, ia boleh dijangkiti dengan parasit tropika.

7. Valley of Death, Kamchatka, Russia

valley of death
Semenanjung Kamchatkan, jauh di tumur Russia, juga mempunyai ‘lembah kematian’ sendiri. Ia terletak tidak jauh dari Lembah Geiser yang terkenal. Gas toksik yang mempunyai kepekatan yang tinggi dijumpi di kawasan ini membuatkan ia sebagai ancaman bahaya kepada tumbuhan dan haiwan yang mati dengan cepat. Manusia pula menjadi tidak sihat dan demam, pening serta kesejukan.

8. Bikini Atoll, Pulau Marshall

bikini atoll
Kalau anda tersesat di sini, anda pasti menyukainya, kerana keindahannya yang sangat menakjubkan. Namun, Bikini Atoll adalah rumah bagi banyak program menguji bahan nuklear yang telah menukarkan tempat ini menjadi sebuah tempat pembuangan bahan radioaktif. Penduduk-penduduk di sini dipaksa meninggalkan rumah mereka, dan sehingga kini tempat ini masih kekal berbahaya kepada makhluk hidup. Tahap radiasi yang luar biasa yang direkodkan di sini boleh mengakibatkan barah.

9. Elephant Kingdom, Thailand

elephant kingom
Di Elephant Kindom, Thailand, di sebuah taman buaya, pemiliknya membina ruang rakit separa tertutup untuk pengunjung merasai pengalaman melawat dan memberi makan kepada buaya. Rakit ini diperbuat daripada kayu nipis yang diimbangi oleh tong-tong plastik dan mempunyai jaring di separuh daripada kawasan rakit itu, serta mempunyai bumbung. Pelawat boleh masuk ke dalam kandang tersebut dan diberi joran untun memberi makan kepada buaya-buaya di situ.
Mereka menggunakan daging atau cebisan ayam yang diletakkan pada tali joran. Reptilia itu akan melompat keluar daripada air untuk makan makanan yang diberikan. Terdapat juga pelancong yang menyakat buaya-buaya di situ dengan mengacah memberikan daging betul-betul di hadapan buaya dan menarik daging tersebut apabila buaya-buaya itu cuba mendapatkan daging tersebut.

10. Tasik Natron, Tanzania

tasik natron
Ia kelihatan seperti tempat di luar dari bumi, mungkin di planet lain. Namun gambar yang mistik ini sebenrnya adalah gambar yang di ambil di Tasik Natron di Tanzania. Kerak garam yang beralkali di permukaan tasik ini adalah sangat berbahaya sehinggakan boleh membawa maut kepada hidupan jika berlaku sentuhan dengannya. Oleh sebab yang sangat jelas, berenang di sini adalah dilarang sama sekali, dan bau hidrogen sulfida yang sangat kuat yang datang daripada tasik ini tidak lagi akan membuatkan anda mengagumi tempat yang cantik ini.

0 Response to "10 Tempat Tarikan Pelancong Paling Bahaya Di Dunia !! Ramai Pelancong Pergi Tempat-Tempat Ini Walaupun Ia Bahaya.. SERAM WEIII !! NO 3 Tu Memang Kawasan Terlarang Amerika Syarikat ! "

Post a Comment