Selepas permergian arwah Johan Nawawi, beberapa rakan artis memberikan pandangan dan bercerita tentang kisah hidup arwah yang ramai tak tahu.
Antaranya adalah penulis lirik, Habsah Hassan yang mendedahkan bagaimana arwah terkilan dengan apa yang berlaku ketika program Gegar Vaganza berlangsung. Ini kerana Nora tidak wajar diperlakukan sebegitu dalam program tersebut kerana mereka telah berusaha sebaik mungkin. Ini kata rakan-rakan artis.
HABSAH HASSAN (Penulis Lirik)
“Sepanjang kami kenal dia paling terkesan dan sedih dengan kontroversi Nora dalam program Gegar Vaganza musim lalu.
“Dia mengadu, Nora tidak sepatutnya diperlakukan sedemikian kerana mereka sudah berkerja keras untuk pertandingan itu. Tapi akhirnya dia dapat terima ia adalah permainan dalam industri hiburan.
“Kami ada berkolaborasi beberapa buah lagu bersama dan banyak bertukar pendapat tentang industri hiburan tanah air. Kali terakhir saya jumpa dia tiga hari lalu ketika majlis makan malam''.
DATO DJ DAVE (Penyanyi)
“Saya kenal dia sudah lama dan baru-baru ini kami ada berjumpa dalam sebuah majlis, saya nampak dia sihat seperti biasa.
“Saya terkejut dapat berita sedih kehilangannya pagi tadi. Dia seorang rakan seperjuangan yang baik dan sayangkan industri muzik tempatan''.
DATO M NASIR (Penyanyi, Komposer)
“Kami berkawan baik sudah lama dan selalu berjumpa bukan sahaja di majlis-majlis malah ketika di luar.
“Allahyarham seorang rakan yang baik, rajin dan kreatif. Dia banyak menghabiskan masa di belakang tabir. Saya sangat terasa akan kehilangannya kerana dia seorang yang aktif dan tidak boleh duduk diam''.
0 Response to "SAYU!! Habsah Hassan Dedah Rahsia Sebenar Mengejutkan Arwah Suami Nora Terkilan Ketika Gegar Vaganza Berlangsung!!!"
Post a Comment